SeKaPuR SiRIh...:-)

Kesihatan adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai buat kita..sempurnakanlah kesihatan kita agar hidup menjadi lebih bermakna kerana mereka yang sihat mempunyai banyak impian dan mereka yang terlantar sakit mempunyai satu kemahuan sahaja..benar, mati itu pasti, namun mahukah kita menderita sebelum mati?? HAYATILAH prinsip "mencegah lebih baik dari mengubati"



Tuesday, June 8, 2010

SLIM DIET II



  • Harga : RM144.00
    Penghantaran : RM10.00 (harga tetap)
    Berat Bersih: 420g
    Hidangan: 28 kali
    Penggunaan: 2 skup dalam 200ml/250ml air




    Produk Pelangsingan Badan Terkenal Di New Zealand Kini Di MALAYSIA !
    SD II adalah produk pelangsingan badan yang terkenal di New Zealand dan kini baru dipasarkan di Malaysia. Program yang berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet katogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University (Dr.George Cahill and Dr. George Blackburn). Hasil daripada kajian ini, syarikat NZ New Image Asia Sdn.Bhd yang juga merupakan pengeluar produk Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menghasilkan produk SD II yang mampu menggegarkan pasaran di Malaysia.
    Berkesan untuk menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Penurunan di antara 2kg hingga 5kg dalam masa seminggu tanpa perlu berlapar!


    Apakah itu SDII ?
    SD II adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolat yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkaya dengan asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SD II juga bukanlah 'meal replacement' di mana anda perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' di mana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa anda melalui program ini, anda tidak akan berasa letih dan kelihatan lesu. Sebaliknya SD II akan memberikan anda tenaga walaupun proses pembakaran lemak berlaku.

    Apakah kelebihan menjalani program diet SD II ?
  • Ianya selamat diambil kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi sebarang jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.
  • Ianya berkesan. Anda akan berasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berlaku. Ia juga tidak mengakibatkan pengenduran dan pengedutan kulit selepas penurunan. Penurunan purata sebanyak 3kg dalam tempoh satu minggu sekiranya anda komited dengan mematuhi aturan pemakanan SD II tanpa perlu berlapar.
  • Program SD II juga lebih menjimatkan berbanding dengan program-program lain yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maknanya, kos per kg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.
  • Dengan pengambilan SD II juga, proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan akan berlaku secara semulajadi. Tidak perlu supplement tambahan untuk proses ini. Cukup dengan hanya meminum air masak dalam kuantiti yang banyak.
  • Perkara yang paling penting adalah anda boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam tempoh yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau 'yo-yo effect' dapat dikurangkan.

Hasil daripada kajian khusus dalam jurnal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTEIN DAN DIET KATOGENIK. Ianya terbukti:

  • Selamat dan efektif kerana bersumberkan pembakaran lemak badan secara semulajadi.
  • SD II akan membantu mengurangkan berat badan anda secara pantas dan selamat.
  • Bertindak mengikut sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum
  • SD II bukan sahaja merawat simptom pertambahan berat badan malah ia dapat mengenalpasti dan mengatasi puncanya
  • Tidak mengakibatkan pengenduran otot sebaliknya, ia membantu membina otot dan kulit yang mantap
  • Nyahtoksik dan pembersihan sistem badan berlaku secara semulajadi.
  • Penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori.
  • Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik, dengan pengambilan produk penurunan berat badan NZ New Image SD II telah berjaya menurunkan 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun ia berada di pasaran.
  • Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan, dan menjimatkan
  • SD II adalah program penurunan berat badan PERTAMA DI DUNIA yang mengamalkan teknik diet karbohidrat rendah
  • Memegang catatan WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS bagi kategori produk penurunan berat badan yang terpantas

Prinsipnya yang mengamalkan pengurangan berat badan secara semulajadi terbukti berkesan dan selamat. SD II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protein berkualiti tinggi, pelbagai jenis vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan yang seimbang. SD II juga diperkaya dengan protein (protein soya isolat). Masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti dapat dikurangkan dengan mengamalkan pengambilan SD II. Program diet ini:

  • TIDAK menyebabkan rasa lapar yang menyeksakan. Anda boleh mengamalkan rutin pemakanan anda seperti biasa iaitu pengambilan makanan 3 kali sehari.
  • TIADA kesan sampingan dan TIDAK akan menimbulkan rasa tidak selesa yang biasa berlaku dalam program penurunan berat badan yang lain.

PROTEIN
Protein adalah unit asas sel-sel idup. Protein berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protein dikatakan unit terpenting dalam pertumbuhan tubuh badan manusia.
Protein sering digunakan dalam pembinaan sel-sel otot dan sel-sel badan yang lain. Oleh sebab badan kita tidak mampu menyimpan protein maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati akan diganti setiap 2 minggu manakala sel-sel darah pula akan diganti setiap 30 hari. Sel-sel organ ini terdiri daripada protein dan hanya protein sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh .
SD II daripada NEW IMAGE hanya menggunakan Protein Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SD II. Protein soya Isolat merupakan komponen protein yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protein berkualiti tinggi yang setaraf dengan susu dan telur tetapi bebas daripada lemak tepu dan kolesterol.

Cara pengambilan makanan dan SD II

  • Ambil makanan seperti biasa mengikut rutin seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam anda. Jangan berlapar.
  • Reka aturan pemakanan anda yang menyediakan tidak lebih daripada 35g jumlah kabohidrat sehari dan mengandungi diet protein yang lebih.
  • Goncang SD II sebelum dibuka. Skup ada disediakan didalam setiap tin.
  • Campurkan 2 skup SD II dalam 250ml air sejuk dan goncang dengan menggunakan shaker. Amalkan pengambilan SD II sebanyak 4 kali sehari sebelum makan.
  • Hendaklah meminum air kosong sekurang-kurangnya 2-2.5 liter sehari.
  • Kurangkan atau hindari minuman berkafein dan bergula seperti teh dan kopi kerana kafein akan melambatkan proses pembakaran lemak.
  • Senaman ringan selama 30 minit sehari.

Makanan yang disarankan ketika menjalani program SDII

Makanan Berprotein

  • Ayam
  • Ikan
  • Telur
  • Kambing
  • Lembu
  • Makanan laut

Sayuran Segar

  • Tempe
  • tauhu
  • Asparagus
  • Kobis
  • bawang
  • Cendawan
  • Semua sayuran Hijau

Perhatian!

  • Ibu-ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi tidak digalakkan menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan ini.
  • Kepada semua penghidap penyakit Diabetes Mellitus (kencing manis) yang bergantung pada insulin, anda perlu pengawasan doktor ketika menjalani program ini.
  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubat-ubatan tertentu.

Nota Penting:-

  • www.myhealthportal.net merupakan laman web PENGEDAR BEBAS yang sah, berdaftar dengan syarikat N.Z. New Image Sdn. Bhd.
  • Produk ini adalah HALAL dan telah MENDAPAT KELULUSAN daripada N.Z. Islamic Meat Management.
  • Proses penghantaran akan mengambil masa antara 2 hingga 3 hari bekerja daripada tarikh pembayaran
  • Harga bagi Sabah & Sarawak RM153 setin

Friday, June 4, 2010

PERLU MAKAN UNTUK KURUS DGN SLIM DIET II

About SDIIProduk Pelangsingan Badan Terkenal Di New Zealand Kini Di MALAYSIA !

Slim Diet II atau SD 2 membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dengan mengamalkan konsep diet yang sihat TANPA BERLAPAR dan sekaligus menghilangkan lemak badan berlebihan pada tubuh anda. SD II juga membantu anda untuk mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik dan menawan. Penurunan berat badan menjadi lebih mudah.

Program yang berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet ketogenik (Protein Sparing Modified Fast – PSMF) ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University (Dr.George Cahill and Dr. George Blackburn). Hasil dari kajian ini, syarikat New Image International yang juga pengeluar produk Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menghasilkan produk Slim Diet 2 yang mampu menggegarkan pasaran di Malaysia. Jangan terkejut jika dikatakan di New Zealand, rekod tertinggi penurunan berat badan adalah 64 kg dalam tempoh sebulan.

Ciri ciri KEISTIMEWAAN dari program pelangsingan SDII?

*Penurunan berat badan ideal pada kadar 250gm—500gm setiap hari.

*Tidak memerlukan belanja yg tinggi serta menjimatkan wang anda. JIMATKAN WANG ANDA

*Penambahan tenaga pd setiap 500g lemak yg dibakar dan menjadikan tenaga kpd 3000 kalori.

*Pembuangan lemak pada tubuh badan secara KEKAL Dibuktikan melalui rekod dunia dengan penurunan berat badan sebanyak 64kg dalam masa 1 bulan.

*TIDAK PERLU BERLAPAR. Amalkan aturan pemakanan biasa seperti sarapan pagi, makan tengahari & makan malam.
DENGAN PROGRAM SLIMMING DIET II ATAU SD2, ANDA BOLEH MAKAN, TIDAK PERLU BERLAPAR DAN TAK PERLU MENGHABISKAN BERIBU-RIBU RINGGIT DI PUSAT SLIMMING. MALAH DAPAT MEGURANGKAN 10KG DALAM MASA SEBULAN HANYA DENGAN MENGAMALKAN SD2.

*Kandungan Protein yang tinggi dengan multi-vitamin, mineral dan elemen-elemen kesihatan yang lain serta seimbang.

*Membantu memulihkan masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, darah tinggi & juga mengurangkan paras kolestrol pada tubuh badan.

*Membantu membaiki sel-sel tubuh ke arah sel yg lebih sihat & kuat utk sistem tubuh badan manusia. Memberi tenaga dan membantu pemulihan tenaga agar kita sentiasa segar dan berdaya menjalankan kegiatan harian.

* MUDAH dan sungguh MUDAH

SD2 boleh didapati dengan harga : RM144 (bukan ahli) / RM108 (ahli)

Sunday, May 30, 2010

MYSELF TRANSFORMASI..:-)



GAMBAR SEBELUM : Diambil semasa nak sambut jamuan raya kat pejabat masa ni paling gemuk iaitu 71 kg..senyum tu hanya sandiwara padahal sgt2 susah hati bila suma tegur gemuk dahtu pakai baju kebaya tu jadi mcm bungkus nangka lak..:-(

GAMBAR SELEPAS :alhamdulillah gmbr baju kebaya hijau raya pd tahun 2009..Mula melaram sakan kebaya pendek tanpa was2, sebab dah x nampak spare part sana sini...:-)



GAMBAR SEBELUM : Diambil semasa mesyuarat di genting higland..kebaya putih nk baju konvo masa 2006, sengaja pakai semula ternyata sgt2 frust bilada yg tegur nmpak berisi sgt, xsesuai pakai kebaya camni..:-(
GAMBAR SELEPAS: Diambil semasa jaga kiosk JPS utk karnival pertanian..Masa ni pertengahan 2009, rasa bahagia ja sbb blouse yg pakai size M.:-)



GAMBAR SEBELUM:Masa ni kenduri saudara di penang..dan berat melampau 70KG, sgt2 fobia ngn penimbang..tp makan 2x gak masa kenduri nie..hehehe

GAMBAR SLPS :Dah boleh pakai baju macam2 dah utk ke pejabat sebab sebelum ni hanya mampu pakai baju kurung jer la nak lindung saiz badan..Masa ni pakai Jubah moden yang bersaiz S..hehehehe..

Friday, May 28, 2010

ALASAN DAN SEBAB MENJADI GEMUK...


Seringkali mereka yang mengalami obesiti terpaksa berpura-pura mereka gembira dengan keadaan diri mereka..pernahkan anda mempunyai teman-teman sebegini.apabila dikritik, ditegur dan dijadikan sbg bahan lawak..mereka akan ketawa jer smbil ckp "aah aku mmg sihat sgt2 camni,comel la katakan" da plak yg ckp "aku hapy ngn diri aku, kalo xdk org obes kat dunia sbb sumanya nk kurus dan langsing, sapa plak yg nk jd obesiti...baik aku yg jadi obes, lagipun keturunan aku mmg suma gemuk2" alasan2 dan ucapan yang sering kita dengar dari golongan ini apabila mereka mendengar perkataan "DIET" ialah:
1)BADANKU MMG XBOLEH KURUS SEBAB GEMUK KETURUNAN
2)BG WANITA PULAK LEPAS BERSALIN BADAN MMG WAJIB NAIK DAN SUSAH PLAK NAK TURUN
3)TIADA MASA UTK BERSENAM
4)SUAMI/ISTERI TIDAK KISAH GEMUK

PROSES LAPAR YANG BERLAKU

Dalam otak kita ada saraf yg mengawal rasa lapar dan kenyang, bila tbuh kita tak diberi makanan yang kita perlu dlm tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawasanya kita ni LaPaR!!..Bdn akan memberontak dan keluarkan enzim tertentu...sbb tu berlakunya keinginan yg melampau batas terhadap makanan dan mnyebabkan seseorang mnjadi ghairah utk makan! makan! ibarat seekor harimau ganas yang sukar nk dikalahkan, kalo perang ngn nafsu makan jadikan seseorang itu resah dan lemah..betul tak?Akhirnya dia ikutlah nafsunya, makan tanpa sedar dan melebihi keperluan...Maka pusingan camnilah sentiasa berlaku dlm tubuh kita setiap hari secara berterusan dan apabila ckup masa kita akan jd overweight, obes dan akhirnya menanti sj penyakit datang menjenguk apabila usia xmampu lg bertahan!!!

ANDA PERLU MENJAWAB SOALAN-SOALAN INI, ADAKAH YA?
1)sudah putus asa utk berdiet keran berat susah sgt nk turun
2)Berat plak naik mendadak bila makan skit ja pun
3)Sukar nk bersenam sebab akan menyebabkan badan terlalau letih, makin bersenam makin plak letih, hairan!!
4)gemarkan makanan berkarbohidrat tinggi dan manis2
5)Makan sedikit ja tetapi cepat genuk
6) Tekak inginkan makanan yang manis
7) Lapar pada waktu malam

Wednesday, May 26, 2010

BMI: IDEAL-OVERWEIGHT-IDEAL VERSI 2

Alhamdulillah br ada masa nk sambung cita bmi: ideal-overweght-ideal versi 2 ni..sgt2 bz ngn kj dan bussiness..tp sgt2 hapy dgn idup cam skrg tmbh2 sbb dapat tlg ramai org dari aspek kesihatan iaitu harta paling x bernilai buat kita...ok berbalik pd cita yg 2008 tu..hah bila pkir2 balik ms tu rs xmau dah ingt zaman 2008 sy tu..ok, sy mula mnyedari dan bertekad nak ubah diri sy start bln 10 2008..lama sgt sy berfikir knapa sy boleh jd overweght dan masalah2 kesihatan yg minor camtu..apa yg xkena ngn cara mkn n cara hidup sy..

langkah pertama sy search kat ntenet cara2 diet yg seimbang..camna nk ubah gaya idup..smngat sya makin membara..sy letakkan misi dlm idup sy..nk capai berat cam dulu ja dlm 58kg..walau apa cara sekalipun sy perlu kembali pd berat tu..perkara pertama yg sy ubah dlm idup sy ialah:
1)sy bc di ntenet air sgt2 penting dlm kehidupan seseorg(pdahal mmg dr kecik dah taw penting, tp da xda kesedaran),setiap 25kg tbuh kita perlu almost 1liter/day..sbb setiap hari kita bernafas, berpeluh dan buang air kecil kita alami kehilangan air, bayangkan stok air dlm bdn kita sehari berkurang dari volume tu?? sbb kurang air la berlaku kegemukan kerana metabolisma mnjadi rendah, punca sy sembelit(dah la sekali ngn pakej buasir)..start dari tu sy minum air masak sebanyak mngkin, xdahaga pon minum...sy bw bekas air yg 2L ari2 ke pejabat..smpai da yg perli..bwk akuarium ke?..hehe..ke toilet? xpyh ckp ler..muka sy selalu la ulang alik toilet..tp bila dah sy positif sy pkir la, bila sy dah berjalan ke toilet sy dah melakukan pergerakan..dlm sehari sy cuba displinkan sehari 4L..alhamdulillah usaha sy ke arah tu membuahkan hasil..sembelit sy makin berkurang sejak air ckup dlm bdn sy..bila sy minum air 4L sehari secara automatiknya milo ais, nescafee ais,coke yg sy minat tu dah xjd minuman fav sy..malah sy jd terlalu teringin kat air masak..pnh smpai 5 L minum air kalo sy bersenam..air mendidik sy xlg mngemari minuman2 manis..air manis sy tetap minum la tp dlm sebulan ada ler sekali..kini air yg dulunya sy fobia sbb xsedap mnjadi air yg paling sy teringin nk minum ari2..kalo sy g mn pon bekalan botol meneral pasti ada..hari demi ari sy makin selesa apabila sembelit sy dah x teruk cuma masih xdpt membuang hari2..take time ckit..ikutkan boleh ja setiap kali jd sembelit sy pegi klinik@farmasi mintak ubat, balik terus buang...pastu jd lg beli lg ubat..smpai bila pon sy bergantung kat ubat utk membuang..sy lebih suka pilih cara semulajadi sbb xsanggup mkn pil2 yg memaksa..kalo dulu ms sy overweght sy minum 4l air utk kurus, skrg dah kurus sy tetap perlu air sbg keperluan tbuh sy..kdg2 hampur 3l sehari..

2) sy juga start bersenam selari ngn kesedaran sy tntg air..setiap hari sy akan bsenam di taman rimba alor setar..sy x wat senaman yg berat..sy just berjalan kaki jer tp fast walking..sy xpnh berlari sbb sy taw xmampu..kat tmn rimba tu mmg byk mnagajar sy erti kesihatan..memandangkan sy "regular person" yg setiap ptg der kat tmn rimba utk berjln laju,kebanyakan hampir semua org yg memag hari2 bersenam kat situ sy kenal..just say hi..n bila lama x dtg..mereka akan tegur..' hy lama xdtg"..kdg2 ada yg sy berkongsi mngenai kesihatan ngn org2 di situ..pendek kata hidup sy berubah la..kalo dulu balik jer kj sy mlepak depan tv kdg2 tertidor..tp skang sy habiskan masa di taman rimba..hampir mgrib baru balik..sy just jln kaki laju, sy guna ja apa alat yga da kat tmn tu..seperti air sy juga jd ketagih nk bjln laju setiap hari utk keluarkan peluh..

3)pemakanan plak? sy da juga amik protein soya(masa ni sd2 xdtg lg msia) untuk memepercepatkan lg pembakaran lemak dan tahap metabolisma dlm tbuh sy..spjg sy dlm diet yg sy cipta sndri ni sekalipon sy xpnh skip nasi@karbohidrat..sy mmg xsetuju da kwn2 sy smpai berbulan2 xmkn nasi semata2 nk kurus..tp bsenam xnak..mmg akan kurus wat camtu..tp kalo berterusan boleh masuk spital..punca tenaga dlm karbihidrat xda dlm tbuh dia..of course akan lurus..silap2 berpuluh2 "kg" drop..tp maukah kita kurus yg xsihat..pnyakit lain plak dtg..cuma sy kurangkan kuantiti makanan yg sy amik ja..nasi just sekali sehari tp xpnh skip meal..sy mkn sehari 3x tp kuantiti yg sket..sy jaga kuantiti kalori sy selaras x yg sy nk bakar nnti..

alhamdulillah hampir 6bln-setahun sy dah capai apa yg sy nak..malah melebihi target sy yg nk 58 kg jer..tp kini sy 50kg dan spjg 2 tahun ni kalo paling berat pon 54kg pastu trun balik..sempadan sy hnya 50-55kg..so, bmi sy dah jd ideal 19.5..kena jaga jgn underweght lak..sy juga bersyukur sembelit sy dah lama xdak,ari2 sy xdk masalah pencernaan dah, buasir sy pon dah xda..malah kulit muka sy makin elok pdahal sy hnya mnguna facial wash rm13 berbanding ms dulu facial wash beratus tp jerawat tetap byk..sbb apa? sbb skang dalaman sy dah elok..Yang paling sy terkejut ngn diri sy..seumur idup sy dari tadika smpai abis diploma xpnh pon sy masuk lumba lari or apa2 sukan sbb ms sek dulu asal ada ja merentas desa sy org ptama nk bancuh air supaya terlepas dr kena lari..tp skrg tahun 2010 sy terpilih sbg peserta larian mewakili jabatan sy negeri kedah ke sarawak utk sukan larian 3km..xsngka seelction sy just cuba ja lari memandangkan sy asyik bjalan laju jer..tiba2 nama sy naik sbg pserta yg yg wakil jabatan sy ke sarawak...ramai gak kwn2 lama blajar dulu xcaya sy ckp sy masuk lari sbb suma taw sy masa kurus dulu pon mmg lembik kalo bab2 sukan ni..da yg siap suh sy tgkp pic ms kat sarawak utk bukti sbb masih xcaya..;-)

jd kesimpulanya..sy nk tegaskan kat sini..setiap yg kita impikan akan jd kenyataan selagi kita berusaha..sy pon dulu xcaya sy leh jd camni..kesihatan makin baik, gaya idup sy yg mnjadi aktif, paling penting keyakinan diri sy dah tinggi..kalo dulu fokus sy nk kurus, cantik dan langsing ja untuk kelihatan menarik ..tp skrg mentaliti sy dah berubah sy nk kesihatan yg sempurna n pakej yg sy dapat dr jaga kesihatan tu suda tentu adalah kurus dan langsing..betul x?...to be continue tp tajuk lain plak..masih dlm cita..tp camni lah fasa peralihan hidup sy dr BMI: TGH2 IDEAL-OVERWEGHT-IDEAL YG SIHAT..sy bersyukur sbb tersedar awal..kalo sy amsih lupa diri..sy yakin berat sy akan mncecah 90an dlm 2 taun ni..dan sy mnjadi obesiti..kalo muda ok lg..kalo semakin berusia..sy hnya menyambut pelbagai penyakit yg akan dtg mnjengah..sy xmaksudkan org yg ideal conform xda pnyakit apa pon n sihat selalu ..cuma kita hnya berusaha utk hindari pnyakit tu iaitu mncegah kan lebih baik dr mngubati..dan org sihat+ideal pon sekiraNya Allah mengkehendaki penyakit berlaku kat dia...tetap akan berlaku..cam sy ckp la..mati tu mmg pasti tp maukah kita mnderita sblm kematian mnjemput kita????...kat bwh ni anda dpt lihat dgn jelas peralihan fasa sy tue..:-)

Monday, May 24, 2010

BMI: IDEAL-OVERWEIGHT-IDEAL




GAMBAR PERTAMA 2006: gambar sy semasa majlis konvo.. berat bdn sy ideal ja masa ni rasanya (masa tu xpnh pkir lgsung psal bmi)..masa ni sy xpnh takut langsung mnjadi gemuk..sbb pd sy bdn sy masa ni ok ja..yg sedang2 jer...xgemuk dan xkurus..masa ni pemakanan xpyh ckp ler..main bedal ja..lapar? makan...dahaga? air ais leh ilangkan, beli ja air coke kat kedai..bdn xnaik pown...senaman? lg lah..xpnh pon sekali bersenam..pnh ler skali cuba jog 1 round..tp xserius lgsung...rs bdn bertambah2 lesu dan letih..last2 wat xtaw ja psal bdn...mkn je apa sj nk mkn, bdn pon rs cam xbp cergas...

GAMBAR KEDUA 2008 : tahun ni tahun sy memulakan karier tetap sy sbg Pen.Jurutera di jabatan kerajaan..secara pribadi tahun ni juga tahun yg mmg sy xmau ingat dlm sejarah idup sy..hehehe..tp dgn sjarah la akan memajukan seseorang pd masa hadapan kan??tahun ni bermulalah segala-galanya peralihan bmi sy dr hjung2 ideal-overweight..maklumlah kj sy ni byk peluang dpt mkn free...meeting, kursus or apa jua seminar yg g msti dpt mkn free..ms ni mmg makan semahu-mahunya..setiap hari nasik wajib rasanya 3 x...pagi:nasi lemak, tghari:nasi dan malam pon kdg2 cari nasi..air? huh xpnh la lg tekak sy ni terima air masak lebih 500ml sehari...selalunya milo ais, air coke, teh ais dan air laici ja yg jd penghias tekak sy...sy ckup xboleh ngn air masak..xsedap, xilang dahaga dan suma ngatif la psal air masak..Masa ni juga la sy mngalami beberapa masalah kesihatan akibat dalaman sy yg xberapa elok ni..Yang utama msalah sy ialah dari sek men lg mmg sy ada masalah sembelit..agak teruk sjak taun 2008..Yang kedua sy juga mengalami masalah jerawat di muka yg agak kronik malah sy dah abis beribu2 ringgit utk cari pnawar jerawat sy(tnpa sy sedar produk mahal mn pon xkan dapat membantu bila dalaman kita sendiri xelok) dan yang ketiga sy juga mengalami buasir yg agak teruk disebabkan masalah sembelit yg sy alami dan doktor pernah beri amaran kpd sy, kalo xjaga pemakanan sy, dia akan bertambah teruk sbb sy alami buasir dalaman bkn luaran dimana akan rs sakit sgt2 bila jd...sy meneruskan kehidupan dgn masalah kesihatan yg sy sndri fkir.."aah aku mmg dah cmni nk wat cmna, xkan boley ilang lah"...masa ni entahlah xdpt sy nk gambarkan cmna..mcm2 masalah yg sy alami..sy bingung, xtaw nk buat apa..pertengahan tahun 2008 jerawat di muka sy semakin teruk,entah dimana silapnya sy pnh cuba produk muka yg beharga 500 sebulan masa nie tp xberkesan, malah bertambah teruk.. fizikal sy plak sy selalu ditegur camni "napa bdn makin naik nie","berisi la sarah skrg, mcm dipam2" ramai sgt2 tegur perubahan fizikal dan kulit muka sy..Masa ni sy sgt2 ilang keyakinan diri..puas sy berfikir..apa x kena ngn diri sy...knapa jd camni..sehinggalah sedikit demi sedikit kesedaran tntg kesihatan timbul dlm diri sy pd penghujung tahun 2008..

alamak dah ngantuk la plak..kena refresh lg sejarah 2008 yg mmg nk buang terus dlm idup sy...sy panggil tahun kegelapan..sbb masa tu xder lgsung kesedaran...to be continue la utk tahun 2009-sekarang 2010>>>>esok lak utk stage ke-3...zzzzz

Ari isNin yg mEnGeMbiRaKan:-)

Ari ni dapat 3 feedback yg positif dari customer2 sy:

1)smlm g jumpa prospek baru dekat rumah akak A..akak A ni dah guna 2tin sd2, mean dah 2 minggu amik..dia lost dah 3kg..tp dia sgt2 puas hati..katanya seluar jean dia skrg dah size 31..sblm ni dia hnya pandang ja seluar tu bertahun2 xboleh pakai..katanya lg..dia suka mnjadi pengamal SD2 ni sbb sblm ni dah bmcam2 produk/ubat pelangsingan yg dah dia try...susah sgt2 nk trun..kalo trun pon sekejap..bila mkn mcm biasa..naik lah balik kg dia..kalo dulu dia terliur ja tgok ankvdia mkn KFC...tp skarg dia tetap boleh mkn walaupun sedang berdiet..

2) tgahari td masa sy tekun buat kj di opis, tiba2 dapat msh dari Y camni bunyinya : "sarahhh...besnya, hari ni Y dah boleh pakai baju yg Y paliinng suka...dah setahun lebih xleh pkai"..sy pon terus bertanya lg...baju apa, boleh mms? katanya raahsiiaaa..yg pasti ari ni ramai yg puji dia cantik dan baju tu nmpk agak longgar..

3) kwn opis sy A plak sambil saya lalu sy saja ja nk tgok dia..hampir seminggu x tgok..agak terkejut gak bila tgok perubahan ketara dia..muka dia yg sebelum ni chubby dah jd panjang..hilang "double chin"..pastu tbuh nya agak susut..sy pon bertanya.."A, ampa dah bp kg skang"...dia pon ckp skang dah 2 tin dah lost 5kg..rakan baik dia pulak mncelah: "ni baju yg depa sama2 g beli taun lepas dah boleh pakai, siap nmpk longgar lg, dulu sendat"...A plak ckp..pnyakit asma dia pon dah semakin pulih sjak mengamalkan SD2 nie.serta merta sy teringat balik kakak sy sndri ada bgtaw sy.."sarah, hg taw x, penyakit angin aku dah xdak..kalo dulu ms berisi dan x amik sd2 petang2 mesti perut angin, dah mkn byk tp tetap rasa perut kosong"

Daripada 3 feedback customer2 sy tu..sy rasa rs sgt2 gembira+happy+syok sgt2..sbb impian depa 3 org ni nk capai berat badan ideal dah hampir menuju puncak...insyAllah dgn keazaman dan semangat yg tinggi..."impian bkn lg mimpi"..tp dlm keseronokan sy ni terbit juga rasa bimbang andai apabila depa dah capai target n bila stop amik sd2..smngt depa untuk terus mnjaga kesihatan dan mngekalkan berat bdn ideal semakin luntur..sy harap "kegemukan" lepas yang berlaku kpd kita xkan berulang lagi..sbb sy ada pngalaman mnjadi overweght..dan alhamdulillah hampir 2 tahun sy masih boleh mengekalkan bmi dan berat bdn sy tanpa mengambil apa2 produk..itulah harapan sy kepada semua pengamal sd2..jgn sesekali berfikir SD2 ni akan membuat anda cantik, kacak, slim, kurus, langsing dgn cepat tp SD2 ni sbg medium nk bantu anda mencapai berat bdn ideal secara SIHAT dan SELAMAT..apabila menyebut sd2 ni adalah diet yg SIHAT dan SELAMAT..situasi2 customer sy tu dah ckup membuktikan dgn izin Allah, SD2 ni juga trut mengawal/memulihkan penyakit2 yg dihidapi oleh seseorang selain mempercepatkan pembakaran lemak..sbb org kurus x semua sihat..sd2 ni akan memulihkan dahulu masalah kesihatan minor yg dihadapi..peringatan kpd suma customer2 sy..tujuan utama hendak kurus dan berat yg ideal ialah mnjadi manusia yg SIHAT..bila dah sihat pakejnya adalah kurus dan langsing..

sekian ja utk ari nie...:-)